Pdt. Dr. Dwidjo Saputro ialah Fasilitator Nasional Transformasi Keluarga Indonesia, dan Pendiri Gerakan Bapa Sepanjang Kehidupan Indonesia, suatu gerakan yang menjangkau setiap lelaki supaya memberi keutamaan berfungsi sebagai seorang bapa. Beliau mempunyai ijazah perubatan (1976) dari Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, dan dalam tahun 1979-1983, mengikut pengkajian ijazah kepakaran dan sub-specialis dari Fakulti Perubatan Universiti Indonesia sebagai Pakar Psikiatri dan Psikiatri Kanak-kanak masing-masing. Beliau juga Presiden Asian Society for Child and Adolescence Psychiatry and Allied Professions (ASCAPAP) sejak 2017. Sejak 2004, beliau melayani sebagai Deputy General Overseer Gereja Bethel Indonesia (GBI) Synod 2004 dan menyelaras Pasukan Petugas Keluarga. Sejak 1987, beliau melayani sebagai Gembala Sidang GBI Komunitas Patmos, iaitu Pusat Family Life GBI Jakarta.